Sunday, September 7, 2008

Sikap Dan Panggilan Hidup Kita

Manusia hidup. Manusia menghayati hidupnya. Manusia mengalami bahawa dia hidup malah mencintai hidup ini. Hidup ini dialami sebagai sesuatu yang bagus dan bererti. Kita tidak mahu meninggalkan hidup ini malah mahu merangkuni hal2 yang lain ke dalam hidup kita. Kita mahu kaya, melipatgandakan hidup ini, memulihkan diri, membela dan mempertahankan hidup ini dan mahu hidup seribu tahun lagi.
Tetapi dimanakah letaknya makna hidup manusia ini? makna hidup dihayati dan diselami tetapi sukar untuk dirumuskan. Pertanyaan ini terus-menerus ada tetapi tidak pernah habis untuk disimpulkan. Hidup ini adalah satu misteri dan tidak pernah kita ketahui sampai ketika saat itu tiba.
Walaupun seringkali hidup kita dipenuhi masalah sehingga kadang2 kita merasa bahawa hidup ini tidak mempunyai erti tapi sebenarnya hidup kita ini mempunyai erti jika kita lihat dari segi apakah panggilan hidup kita. Nilai hidup manusia merupakan pengalaman pelbagai kenyataan hidup yang menuju kepada panggilan itu. Panggilan hidup ini menyeru agar kita menghayati dan menikmatinya melalui cara hidup kita. Berdasarkan bagaimana kita menerima diri kita dalam sikap hidup. Apakah sikap hidup kita? adakah kita ini seorang penentang? penerima? atau seorang penghayat?
Biarlah kita hidup dalam penuh makna menerusi panggilan hidup kita....apakah panggilan hidup kamu?....

6 comments:

  1. huhuu.... sia pernah memberontak..what is this life for... why this things...happen to me..?? huhuuu forgive me God...

    ReplyDelete
  2. Thats the reason why we need to understand what is the purpose in our life..

    ReplyDelete
  3. emm..sa? i just pray n let god do the rest..

    ReplyDelete
  4. bumi mana tak ditimpa hujan....

    ReplyDelete
  5. setiap manusia ada kelemahannya..... Y so serius.. let it be.. hehehe ;)

    ReplyDelete
  6. Take it serious before it comes but take it easy when it comes..hahahah

    ReplyDelete