Thursday, October 16, 2008

Hujung Minggu Di RPK

Hujung minggu yang lalu 10th -12th  saya mengikuti retret di Rumah Pertapaan Karmel, Kaingaran Tambunan. Retret minggu ini bertemakan ‘Bonda Maria’ sempena bulan rosari untuk bulan Oktober ini. Perjalanan dari KK ke Tambunan memakan masa lebih kurang 2 jam kerana cuaca yang tidak begitu baik. Hujan kuat disertai kabus yang agak tebal. Nasib baik juga ada driver ala-ala Mc gavyer yang jadi penyelamat hehehehe..kasih kembang dia sikit. Bertolak dari KK pada jam 3.00 petang dan sampai lebih kurang jam 5.00 petang. Jalan dari Pekan Tambunan ke Kg Kaingaran agak payah sedikit kerana ‘jalan gravel’ hehehehe. Entah bila la Wakil Rakyat mahu memperbaiki jalan itu. Tapi mungkin juga kerana jalan ini akan memakan belanja yang besar coz jalan ni pun menjadi laluan lori-lori besar pengangkut kayu balak!!!. Untuk pergi ke Hutan Simpan Trusmadi kena lah ikut jalan ni.

Wanita dan kanak-kanak kecil ditempatkan di rumah retret St. Anne Therese manakala lelaki ditempatkan di rumah retret St. John. Kesian juga mereka kena mendaki bukit seawal jam 5.00am pagi untuk datang ke chapel setiap hari..hehehehe. Wanita dan kanak-kanak bertuah sedikit kerana rumah retret St. Anne Therese berdekatan dengan chapel. Program bermula seawal jam 6.00am pagi. Walaupun sudah lebih sepuluh kali saya mengunjungi dan menghadiri retret di tempat ini, perasaan saya tidak pernah puas. Kalau boleh mau tinggal lebih lama lagi hehehehe..macam mau jadi sister sudah ni..kuang..kuang..kuang.

Dalam retret ini kami diperkenalkan cara berdoa yang lebih baik dalam melakukan doa rosari. Seperti, memahami mengapa kita melakukan doa rosari, bagaimana menghayatinya agar persembahan doa itu menjadi lebih nyata dalam kehidupan kita dan sebagainya. Para Sister (Carmelites) dan Brother (CSE) banyak membantu dalam pengenalan ini. Lebih dari 100 orang menghadiri Retret Bonda Maria yang datang dari Ranau, Keningau, Papar, KK dan beberapa tempat lagi.

Untuk mengetahui siapakah dan apakah visi Carmelite Sister and Brother CSE ini, sila lawat web Komuniti Tritunggal Mahakudus yang ada dalam blog ini atau terus ke http://holytrinitycarmel.com/. Komunitas Tritunggal Mahakudus berinspirasi untuk  menjadi tanda bagi nilai-nilai yang mengatasi dunia, tanda pengharapan bagi yang putus asa, tanda penghiburan bagi yang berduka dan menderita, serta penuntun pada perjumpaan dengan Allah yang hidup.

Walaupun jadual agak ketat, tapi saya menyempatkan diri untuk ‘jalan-jalan’ sekejap sambil mengambil beberapa keping gambar. So..enjoy yourself ya..hehehhehe..

Papan tanda menunjukkan jalan ke RPK melalui bulatan (roundabout) Pekan Tambunan 
Jalan gravel menuju ke RPK dan pintu pagar masuk ke RPK

St Mary Magdalene Chapel tempat retret diadakan

Ruangan dalam chapel dan retret bermula seawal jam 6.00pagi. Cuaca masih diselubungi kabus tebal..sejuk..
Tabernacle dan statue Bonda Maria di dalam chapel sempena Retret Bonda Maria diadakan
Upacara penyalaan lilin pada malam devosi kepada Bonda Maria. Para Sisters, Brothers dan peserta menyalakan lilin dan menyatakan doa dan persembahan masing-masing

Rumah retret kediaman para peserta
Jalan tangga batu menuju ke Grotto
Grotto dan statue Bonda Maria
Tempat air berkat (Holy Water) yang dialirkan terus daripada bukit

Sekian untuk kali ini..hehehehhe...




1 comment: